Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Dokumen Asal Perkahwinan Ramli MS & Alyah Di Batam Akan Diserah Kepada Jais Selasa Ini

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah pun mengesahkan yang mereka telah pergi menjalankan siasatan di rumah Datuk Ramli MS di Bandar Kinrara, Puchong untuk mengesahkan desas-desusperkahwinan komposer terkenal ini dengan Alyah. Secara ringkasnya, JAIS telah diyakinkan baahwa pernikahahan antara Ramli MS dan Alyah telah berlaku di Batam, Indonesia.
Siasatan telah dilakukan oleh JAIS setelah menerima aduan daripada orang awam. Siasatan berjalan lancar dengan kesemua pihak yang terlibat memberikan kerjasama yang sangat baik. Berikut ialah kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh Pengarah JAIS, Tuan Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Bahagian Penguatkuasaan JAIS berjaya diyakinkan bahawa pernikahan Datuk Ramli Mohamed Salleh bersama Noor Hasliah Abu Hassan (Alyah) telah berlaku di Batam,Indonesia.

Dokumen asal perkahwinan yang didakwa oleh pasangan ini akan diserahkan kepada JAIS pada Selasa ini untuk penelitian, semakan dan siasatan lanjut dari sudut undang-undang dan hukum syarak.
Sekali lagi Abang Nara ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada Alyah dan Ramli MS. Kalau beritahu awal-awal kan lagi bagus. Namun pasti mereka berdua terutamanya Datuk Ramli MS ada sebab tersendiri untuk merahsiakan perkahwinan mereka. Nampak gayanya lepas ini kenalah panggil Alyah ‘Datin’. Hehehe. Tak gitu?
sumber:http://beautifulnara.com/
0 Komentar untuk "Dokumen Asal Perkahwinan Ramli MS & Alyah Di Batam Akan Diserah Kepada Jais Selasa Ini"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info