Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Dua Keluarga Tinggal Sehelai Sepinggang Dalam Kebakaran


Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah kampung dua tingkat yang didiami mereka musnah dalam kebakaran di kilometer 3, Lebuhraya Sultan Abdul Halim pada Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Mohd Izham Abd Rahim berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.58 petang dan 16 anggota bomba termasuk bomba sukarela bersama jentera tiba di situ dalam masa 5 minit.

Beliau berkata, api berjaya dikawal pukul 3.16 petang dan punca serta jumlah kerugian masih disiasat.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran dipercayai bermula kira-kira pukul 2.30 petang itu. Seorang mangsa, Rohani Ariffin, 61, berkata ketika kejadian dia yang tinggal sendirian di rumah pusaka itu sedang berehat selepas menunaikan solat Zohor sebelum terdengar jeritan orang ramai.

"Saya terlelap di tingkat atas rumah selepas menunaikan solat Zohor sebelum dikejutkan dengan jeritan orang ramai yang menyatakan bahawa dapur rumah saya terbakar.

"Bila turun, saya lihat api sudah marak di bahagian dapur rumah dan dalam keadaan yang terkejut saya cuba menghubungi pihak bomba tetapi gagal kerana tidak tahu bagaimana untuk menghubungi mereka," katanya kepada pemberita.

Rohani berkata beliau cuba mengeluarkan kereta untuk pergi meminta bantuan tetapi gagal dan pada masa yang sama penduduk kampung telah menghubungi pihak bomba.

Seorang lagi mangsa, Asnah Ariffin, 59, berkata ketika kejadian dia dan anak perempuannya berada di rumah manakala suami dan dua lagi anaknya keluar bekerja.
sumber: http://www.mstar.com.my/
0 Komentar untuk " Dua Keluarga Tinggal Sehelai Sepinggang Dalam Kebakaran"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info