Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Dua pencuri paling bodoh

 Mereka boleh diiktiraf sebagai pencuri paling bodoh selepas memuatnaikkan gambar mereka bersama-sama wang berjumlah 120,000 yuan (RM62,000) yang mereka curi dari sebuah kereta di Jiaxing, bandar di wilayah Zhejiang.
Kedua-dua pencuri itu, Li, 22 dari Hubei dan Wang, 23, dari Juangsu, bercita-cita menjadi kaya dalam sekelip mata.

Mereka bersama-sama memecah masuk sebuah kereta diletakkan di luar pusat beli-belah di Jiaxing dan nasib mereka baik apabila menemui wang tunai 120,000 yuan di dalamnya.

Kedua-dua sahabat itu kemudian ke sebuah hotel. Sementara Li baring di atas katil bersama-sama duit itu, Wang merakam gambarnya.

Li memuat naik gambar berkenaan ke Internet dengan kapsyen : “Peroleh wang ini dalam masa singkat.”

Polis mengesan sumber gambar itu dan menahan mereka atas tuduhan mencuri. - Agensi
sumber: http://newsredapple.blogspot.com/

0 Komentar untuk "Dua pencuri paling bodoh"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info