Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Ezany Dedah Rahsia Rumah Tangga Goyang Sejak 7 Tahun Lalu


Ezany mendedahkan masalah rumah tangganya berlaku sejak awal perkahwinan mereka kira-kira tujuh tahun lalu.
Pada prosiding tersebut, Ezany selaku defendan tidak bersetuju untuk bercerai secara baik sebaliknya membuat permohonan nusyuz terhadap isterinya itu yang difailkan pada pada 22 Julai lalu. Kes bersambung pada 3 September depan.

Dalam pada itu, Ezany enggan mendedahkan punca sebenar konflik yang berlaku dalam rumah tangganya kerana khuatir masalah sedia ada akan bertambah buruk sehingga memberi kesan kepada prosiding di mahkamah.
Jelas Ezany, cukuplah sekadar beberapa berita mengenai konflik rumah tangganya sebelum ini sudah menjadi perhatian umum dan baginya ia sudah memberi gambaran mengenai apa yang berlaku dalam perkahwinan mereka.
"Banyak benda yang tidak boleh saya perkatakan secara terbuka kerana ia terlalu peribadi dan saya juga tidak berniat untuk membuka keaiban mana-mana pihak," ujarnya.
Pergolakan rumah tangga pasangan berkenaan tercetus selepas Ezany mengakui isterinya minta diceraikan sebelum dia membuat laporan polis berhubung dakwaan wanita berkenaan dilarikan oleh seorang lelaki dikenali pada 17 Julai lalu.
Ezany ketika itu memberitahu dia tidak mempunyai pilihan selain terpaksa membuat laporan di Balai Polis Kinrara, Serdang selepas isterinya tidak pulang ke rumah selama tiga hari.
Ezany dan Lizda diijabkabulkan mereka pada 1 Julai 2007 dan mereka dikurniakan dua orang anak.
sumber: http://kidstuffshop.blogspot.com/
0 Komentar untuk " Ezany Dedah Rahsia Rumah Tangga Goyang Sejak 7 Tahun Lalu"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info