Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Farid Kamil Dedah Anak Aktiviti Berkuda


Pelakon Farid Kamil banyak memberi pendedahan kepada anak lelakinya, Muhammad yang kini berusia mencecah 13 bulan dengan aktiviti sukan berkuda.

Farid, 31, berkata, Muhammad turut menunjukkan minat terhadap sukan tersebut selepas sering kali membawa kanak-kanak itu melakukan aktiviti riadah kegemarannya.

"Saya selalu bawa dia setiap kali ingin bermain polo dan saya lihat dia sangat gembira dan tidak ada perasaan takut dengan haiwan tersebut.

"Pernah satu sesi fotografi saya dan dia di atas kuda, ketika itu saya belum sedia dan sedang membetulkan cermin mata, dia melakukan aksi seperti orang menunggang kuda hingga membuat kuda tersebut berjalan," ujarnya kepada mStar Online ketika di previu telefilem Kem Cuci Tangan, di Ruang, di sini, Selasa.

Dalam pada itu, Farid berkata, sukan berkuda itu juga merupakan antara salah satu aktiviti dia menghabiskan masa bersama keluarga.

Farid bersama Muhammad

Dia turut berharap agar Muhammad membesar dengan meninati sukan tersebut.

"Saya selalu sibuk dengan kerja jadi masa beriadah dengan sukan kegemaran saya ini saya terpaksa bawa keluarga bersama.

"Secara tidak langsung juga saya mahu dia terdedah dan minat dengan sukan ini. Kalau boleh saya memang berharap dia dapat menjadi ahli sukan polo yang profesional satu hari nanti," katanya.

Sementara itu, Farid berkata, dia turut menyertai pertandingan Polo iaitu Merdeka Cup Pahang Classic di Pekan, Pahang pada Rabu.

Ia merupakan pengalaman pertandingan pertamanya dalam sukan tersebut.

"Esok (hari ini) saya akan sertai pertandingan itu dan sangat teruja apabila ia diadakan di Pahang iaitu tempat saya dibesarkan.

"Sebelum ini saya hanya sertai pertandingan kecil sahaja, ini merupakan pertandingan pertama yang agak besar sepanjang saya bermain polo ini," ujarnya.
sumber: http://www.mstar.com.my/
0 Komentar untuk "Farid Kamil Dedah Anak Aktiviti Berkuda"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info