Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Gambar Raya Ashraf Muslim Dan Keluarga Jadi Kritikan Peminat

Sekeping gambar yang dimuat naik oleh sebuah portal hiburan mencetuskan kontroversi dan persepsi negatif para peminat terhadap pasangan Ashraf Muslim serta dua isterinya iaitu Wan Sakinah dan Nur Dayana.

Gambar yang menunjukkan gambar kenangan hari raya Ashraf Muslim bersama anak sulungnya hasil perkahwinan dengan isteri kedua kiri) dan disertai oleh isteri pertama (kanan).

Bagi sesetengah pemerhati dunia hiburan, posisi isteri pertama Ashraf dilihat seperti 'orang lain' yang bergambar bersama artis berdasarkan mimik mukanya yang dianggap sedih. Pendek kata mereka, Ashraf dilihat lebih mesra bersama isteri keduanya berbanding isteri pertama.

Nampaknya kini ramai pakar psikologi yang tidak bertauliah di Facebook tiba-tiba menjadi pakar dan boleh meramal mood seseorang dengan hanya melihat pada sekeping gambar.

Sepatutnya kita perlu bersangka baik dan terus mendoakan agar hubungan Ashraf serta isteri-isterinya terus berpanjangan.Semoga rumah tangga mereka bahagia tetap kekal sampai ke jannah.
sumber:kezoom
0 Komentar untuk "Gambar Raya Ashraf Muslim Dan Keluarga Jadi Kritikan Peminat"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info