Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Hari Berkabung: 2 Stesen Radio Kurang Ajar Akan Dihukum


Dua stesen radio didapati tidak sensitif dan bertindak kurang ajar dengan tidak mengambil bahagian ketika seluruh negara bertafakur selama seminit pada Hari Perkabungan Negarakelmarin.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihaknya kini menunggu laporan penuh isu itu yang disifatkan beliau sebagai tidak sensitif dan biadap.

Hanya dua stesen berkenaan daripada keseluruhan 38 stesen radio di negara ini yang tidak mematuhi peraturan pada Hari Perkabungan Negara.

Pihak kementerian sedang membuat pertimbangan mengenakan hukuman yang sesuai kepada stesen radio berkenaan.

Sehingga saat ini, tidak diketahui stesen radio yang mana yang dikatakan tidak mematuhi Hari Perkabungan Negara itu dan Mynewshub.my akan cuba membuat intai-intai stesen radio mana yang dimaksudkan.

Kelmarin, 20 jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airline (MAS) MH17 yang terhempas di Donetsk, Ukraine.

Jenazah yang terdiri daripada semua wargaMalaysia itu tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLI) disambut oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada istiadat itu, seluruh negara berkabung dengan bertafakur selama satu minit selepas selesai kesemua jenazah dimasukkan ke dalam kenderaan membawa jenazah.

Tindakan dua stesen radio itu memang tidak boleh dimaafkan kerana bersifat kurang ajar di saat orang ramai dan ahli keluarga mangsa nahas MH17 bersedih menerima kepulangan jenazah yang diberi penghormatan negara oleh kerajaan.

Kalau boleh, elok ditutup sahaja kedua-dua stesen radio berkenaan yang jelas menguntungkan rating dan pengaruh daripada orang ramai daripada menghabiskan hanya sedikit masa untuk bersama-sama rakyat Malaysia bersatu dalam kedukaan.
sumber:  –MYNEWSHUB.MY

Oleh : IKA
0 Komentar untuk "Hari Berkabung: 2 Stesen Radio Kurang Ajar Akan Dihukum"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info