Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

MH17:Keadaan Sebenar Jenazah Allahyarham Mohd Ali



KELUARGA Allahyarham Mohd Ali Md Salim kesal dan sedih dengan laporan media yang mensensasikan mengenai jenazah penuntut Doktor Falsafah itu.
Adiknya, Nurzuzila Md Salim berkata, laporan media yang mendakwa kononnya kawan-kawan abangnya ada membantu memandikan jenazah dan memberitahu keadaan jasad Allahyarham Mohd Ali adalah sempurna, tidak benar sama sekali.

Jenazah allahyarham Mohd. Ali Md. Salim dibawa ke kediamanya di Kampung Jayor selepas solat jenazah
"Berita itu tidak benar. Kami memang ada bertanya kepada pengurusan MAS (Malaysia Airline System Berhad) mengenai perkara itu dan MAS mengesahkan tiada orang luar yang mengendalikan jenazah mangsa-mangsa MH17 kecuali Jakim sahaja. Banyak kali MAS mengesahkan macam tu.
Nurzuzila Md Salim terlalu sebak ketika jenazah Mohd Ali tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA, Sepang

"Sebab berita itulah mak melahirkan hasrat untuk tatap wajah abang buat kali terakhir. Tapi setelah mendengar nasihat MAS beberapa kali, akhirnya Mak dan Pak akur," katanya kepada MalaysiaGazette.
Beliau mempersoalkan kredibiliti laporan berita berkenaan sambil menyifatkan ia sebagai satu perkara yang tidak terfikir oleh keluarganya.
"Ini bukan soal main-main, ini kematian. Sampai hati mereka membuat laporan macam tu," ujarnya.
Mohd Ali yang merupakan salah seorang mangsa nahas MH17 dijangka menamatkan pengajiannya April tahun depan dan sedang menyelesaikan tesisnya berkaitan pembangunan neuropsikopatogi.

Bakal Pensyarah Universiti Sains Malaysia itu sudah berada di Universiti Erasmus, Rotterdam hampir empat tahun.
Jenazah Mohd Ali yang dibawa kembali ke Malaysia semalam, disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Raja, tidak jauh dari rumah keluarganya di Kampung Jayor, Pagoh.



Alfatihah
0 Komentar untuk "MH17:Keadaan Sebenar Jenazah Allahyarham Mohd Ali"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info