Apabila dia bangun dan mencari-cari punca bau busuk, dia sedar bahawa ianya berpunca dari telefon yang diletakkan dibawah bantal. Dan bukan itu sahaja, bahagian belakang bantal hangus,dan telefon bagaikan telah digoreng kerana plastik telah cair.
"Kami menjangkakan bahawa produk yang kami beli(samsung) akan selamat," kata bapa gadis itu. Beliau memberitahu FOX bahawa dia mengesyaki bahawa telefon menjadi terlalu panas, menyebabkan bateri bengkak dan memulakan kebakaran.
Bateri di dalam telefon Galaxy S4 adalah bateri tiruan di pasaran, wakil Samsung memberitahu FOX. Selain itu, menurut Samsung, telefon itu juga telah dilitupi oleh bantal, menyekat aliran udara ketika mengecas. Perkara ini telah pun diberi amara.
Walaupun kemalangan berpunca dari pemilik Galaxy tersebut, Samsung memberitahu FOX dan Yahoo Tech bahawa syarikat itu akan menggantikan telefon, bantal dan tilam yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
"Samsung mengambil kira kualiti produk dan keselamatan pelanggan dengan serius," kata wakil Samsung tersebut. Sementara itu, Pengurus Produk HTC di AT&T pula menawarkan sebuah HTC One M8 kepada gadis malang berkenaan.
sumber: http://mediarfm.blogspot.com/
0 Komentar untuk "HEBOH !!! Samsung Galaxy S4 Cair & Berasap Di Bawah Bantal "