Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Isteri Pramugara MH17 Kongsi Memori Di Laman Facebook


Isteri mendiang pramugara Sanjid Singh Sandhu, 41, yang terkorban dalam nahas pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, Tan Bee Geok memberi ‘tribute’ khasnya kepada Sanjid menerusi laman Facebooknya.

Tan menerusi ‘posting’nya di FB mengatakan yang mendiang suaminya yang dipanggil Bob kini berada di suatu tempat yang lebih baik.

Selain itu, Tan juga mendedikasikan lagu John Legend berjudul All of Me kepada Sanjid, dengan menulis, “lagu ini merupakan salah satu daripada lagu kesukaan awak dan saya dedikasikan kepada awak. Kami amat merinduimu, Bob”.

Isteri pramugara itu juga berkongsi lagu Coming Home nyanyian Skylar Grey yang juga merupakan lagu kegemaran Sanjid untuk dinyanyikan selepas dirinya pulang daripada bertugas di awan biru.

Hasil perkahwinan, Tan dan Sanjid dikurniakan seorang cahaya mata, Hans Singh Sandhu, 10 tahun.

Tan, 43, yang juga seorang pramugari MAS, merupakan antara anak kapal yang sepatutnya bertugas dalam penerbangan MH370 yang nasibnya masih tidak diketahui sehingga ke hari ini, namun dia bertukar shif kerja dengan seorang rakannya yang lain pada ketika itu.
sumber – MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Isteri Pramugara MH17 Kongsi Memori Di Laman Facebook"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info