Hutan Amazon sudah dikenal mempunyai kekayaan alam semulajadi yang mengagumkan, salah satunya seekor ulat ini. Urodidae adalah ulat beluncas yang mempunyai keistimewaan ketika menjadi kepompong. Ia mempunyai bentuk kepompong yang sangat indah kerana berupa jala yang unik dan menarik.
Tidak seperti ulat beluncas yang lain yang membuat kepompong dengan membungkus keseluruhan dirinya, Urodidae mempunyai bentuk seperti buaian. Kepompongnya berbentuk beg jala dengan lubang jalan keluar di bahagian bawah. Kepompong itu tergantung dengan seutas benang sutera panjang di tepi daun .
Bentuk unik tersebut membuat Urodidae seperti tidur dalam sangkar jala yang unik. Struktur ini membolehkan air hujan melalui selang-seli jalinan jala kepompong, bukan mengisinya seperti beg air. Hal ini membuat si ulat tidak mati "tenggelam" kerana ia bernafas melalui enkapsulasi selama menjadi kepompong.
Sedangkan benang panjang yang menjadi tempat beg kepompong bergantung juga melindungi ulat dari serangan semut. Lalu lubang di bahagian bawah berfungsi menjadi tempat pintu kecemasan jika berlaku sesuatu. Tidak hanya secara fungsi yang mengagumkan, warna jala kepompong itu adalah emas yang cantik dipandang mata.
sumber:http://gabancomel.blogspot.com/
0 Komentar untuk "Kepompong Seperti Jala Berwarna Emas Yang Unik di Hutan Amazon"