Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Jom Selfie, Sokong Dan Sertai Kempen Kibar Malaysia #KibarMY



Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Pertubuhan Patriotik Kibar Malaysia (PPKM) kini sedang menjalankan satu kempen menarik sempena bulan kemerdekaan ke-57 negara.

Kempen berkenaan dinamakan sebagai Kempen Kibar Malaysia (KibarMY) merupakan satu kempen yang membabitkan seluruh negara bertujuan menaikkan semangat patriotik rakyat Malaysia.

“Kempen ini dijalankan sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia iaitu sepanjang Ogos dan September setiap tahun.

“Tanpa mengira latar belakang, KibarMY mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama mempamerkan bendera Jalur Gemilang di kenderaan masing-masing sebagai tanda cintakan tanah air dan perpaduan sejagat,” menurut pengenalan yang ada di laman web KibarMY.

Anda mesti teruja untuk sertai peraduan “Berselfie Sambil Beramal” yang turut diadakan bersama-sama KibarMY dengan menawarkan hadiah utama Pakej Percutian Ke London untuk pemenang yang bertuah.


Sebelum menyertai pertandingan berkenaan, anda perlu membeli pelekat kenderaan KibarMY di kedai terpilih termasuk semua stesen minyak Mesra Petronas dan lekatkan ia di mana-mana bahagian pada kenderaan anda.

Kemudian rakam gambar Selfie anda bersama pelekat itu dan kenderaan anda dan muatnaik gambar berkenaan di laman sosial KibarMY di Instagram ,Twitter, Facebook ataupun lamanweb dengan hashtag @KibarMalaysia #KibarMY

Jika menang, selain pakej percutian ke London, anda berpeluang memenangi iPhone 5S, Samsung Galaxy S5, wang tunai dan juga pakej-pakej percutian ke pulau pilihan di Malaysia.

Peserta juga perlu mengisikan borang peraduan yang terdapat dalam akhbar Harian Metro beserta bukti pembelian pelekat berkenaan.

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman Facebook di Kibar Malaysia

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Kibar Malaysia

sumber:MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Jom Selfie, Sokong Dan Sertai Kempen Kibar Malaysia #KibarMY"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info