SEORANG pemilik akaun Facebook , Noria Kifli telah berkongsi cerita menarik mengenai salah seorang penumpang yang terkorban dalam nahas pesawat MH17 iaitu Tambi Jiee.
Berikut merupakan terjemahan statusnya yang ditulis dalam bahasa Sarawak:
“Tadi kakak saya beritahu…
Sewaktu pengebumian (isteri dan anak Tambi Jiee), ahli keluarga terkejut bila ada satu kumpulan yang datang menaiki bas tiba. Mereka dari surau Batu 10. Imam surau itu memberitahu…dua tahun lalu, ada seorang lelaki datang ke surau Batu 10 tersebut.
Katanya, itu kali pertama mereka jumpa lelaki itu. Dia mendermakan duit berbelas ribu ringgit untuk membaiki surau. Surau Batu 10 sebelum ini buruk, tetapi kini sudah sempurna dengan duit sumbangan itu.
Orang surau hanya kenal nama dan muka lelaki itu. Kemudian dia tidak pernah datang lagi. Sehinggalah berita MH17. Bila mereka mendengar nama Tambi bin Jiee dan melihat gambarnya, semua menangis. Tambi Jiee lah yang menderma berbelas ribu ringgit kepada surau itu. Tiada seorang pun ahli keluarga yang tahu mengenainya.
Inilah yang dikatakan orang yang ikhlas menderma. Mudah-mudahan tergolong sebagai ahli syurga…amin.”
Mengimbas kembali nahas MH17, Tambi Jiee, 49, isterinya Ariza Ghazalee, 46, bersama anak-anak mereka Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 19, Marsha Azmeena, 15 dan Muhammad Afruz, 13 sedang dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas lebih tiga tahun berada di luar negara.
Mereka sepatutnya tiba di Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Kuching untuk bertemu keluarga dan berbuka bersama-sama, namun hajat itu tidak kesampaian.
Setakat ini, jenazah Ariza Ghazalee dan Muhammad Afif sudah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang.
sumber: MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Kisah Kemurahan Hati Mangsa Nahas Pesawat MH17…"