Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Kanak-Kanak 2 Tahun Hilang Selepas Bapa Bawa Ke Syria


Itali – Nasib kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dibawa oleh bapanya untuk berjuang di Syria, tidak diketahui selepas lelaki berkenaan terkorban dalam pertempuran dengan tentera rejim Bashar Assad di Aleppo.

Ismar Mesinovic, 38, yang berasal dari Bosnia bekerja sebagai tukang cat dan menetap di Longarone.

Sebelum kehilangannya, Mesinovic memaklumkan kepada isterinya yang berasal dari Cuba, Lidia Herrera Solano, bahawa dia mahu membawa anak mereka, Ismair ke Jerman untuk melawat ibunya dan mengecat rumah wanita berkenaan.

“Mesinovic memberitahu saya dia mahu melawat ibunya di Jerman. Sebelum ini dia tidak pernah bercakap mengenai jihad dan keganasan,’’ kata Solano.

Apa yang penting kata, Solano mahu mencari anaknya itu dan kini amat bimbang dengan nasib Ismair.

“Saya percaya anak saya masih hidup. Setiap hari saya mengumpul kekuatan untuk meneruskan kehidupan dan berdoa dapat bertemu dengan anak saya lagi,’’ katanya.

Mesinovic dikesan meninggal dunia melalui lamanweb kumpulan jihad di Syria dan dipercayai terbunuh beberapa hari selepas meninggalkan Itali.
sumber: http://mynewshub.my/
0 Komentar untuk "Kanak-Kanak 2 Tahun Hilang Selepas Bapa Bawa Ke Syria"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info