Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Kanak-Kanak Mati Didera Kerana Biskut


Riyadh – Seorang wanita mendera anak tirinya yang berusia lapan tahun hingga mati semata-mata kerana biskut.

Polis menahan wanita berkenaan, Kolthoum, selepas doktor mengesahkan anak tirinya, Roua, mati kerana cedera terus akibat didera.

Abang Roua, Ahmed, 11, juga dipukul wanita itu selepas mencuri biskut tetapi dia berjayadiselamatkan selepas dikejarkan ke hospital.

Di hospital, Ahmed berkata, dia dan adiknya mengambil beberapa keping biskut disebabkan tidak boleh tidur kerana lapar.

Keesokannya, ibu tiri mereka menyerbu bilik mereka selepas mendapati biskut itu hilang.

Wanita itu mengarahkan kedua-dua beradik itu mengelilingi kawasan belakang rumah tanpa memakai kasut ketika panas terik.

Ahmed dan Roua kemudian diarah berdiri satu kakitetapi kanak-kanak perempuan itu tidak berdaya lalu rebah. – Agensi
sumber:http://mynewshub.my
0 Komentar untuk "Kanak-Kanak Mati Didera Kerana Biskut"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info