Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Kim Kardashian Kongsi Gambar Di Ranjang


BAHARU tiga bulan bergelar suami isteri, selebriti Kim Kardashian bersemangat berkongsi keintiman dan kebahagian yang sedang dilalui bersama pasangannya Kanye West.

Kim yang baharu sahaja bercuti di Ibiza bagi meraikan ulang tahun suaminya tidak melepaskan peluang memuat naik gambar di ranjang bersama suami untuk tatapan peminat.


Gambar intim yang dimuat naik oleh Kim Kardashian di laman Instagram miliknya.

Dalam gambar tersebut, Kanye terlihat sedang lena tidur dengan berselimut, manakala Kim masih belum bersedia untuk tidur dan belum menanggalkan solekan di wajahnya.

Kanye tidak menyedari aksi tidurnya telah dirakam oleh isteri melalui gambar selfie tersebut.

Pasangan itu kelihatan kepenatan selepas pulang daripada menghadiri parti ulang tahun rakan mereka di sebuah kelab malam di pulau tersebut.
sumber:http://www.mstar.com.my/
0 Komentar untuk "Kim Kardashian Kongsi Gambar Di Ranjang"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info