Ayah kandung nya sendiri yang telah menghalau dia keluar dari rumah ketika sudin masih berusia 17 tahun.
kejadian itu berlaku setelah dua bulan ibunya kembali ke Rahmatullah.
Bapa kandung sudin menghalau sudin sehelai sepinggang ketika itu tanpa belas kasihan akibat kemaruk mahu merancang perkahwinan baru.
Nasib menyebelahi sudin apabila bertemu dengan insan yang di gelar Abang amir.
sewaktu sudin terkontang-kanting di jalanan sendirian,abang amir memberhentikan kenderaannya setelah pulang dari bengkel keretanya.
Abang amir lah yang banyak membantu sudin,mengajar sudin kerja di bengkel sehingga sudin berjaya menjadi pomen yang menjadi pilihan ramai dan bengkel abang amir tak putus-putus di kunjungi pelanggan.
Sehinggalah Abang amir memberi hadiah paling tidak di sangka-sangka kepada sudin,iaitu sebuah bengkel baru yang akan di usahakan oleh sudin.
Abang amir tidak pernah berkira dengan sudin,malah di anggap nya sudin bagaikan anak nya sendiri yang ketika itu beliau memang sudah berkahwin tetapi belum di kurnia kan zuriat,maka dengan kehadiran Sudin dia dan isterinya bersyukur dan menerima sudin dengan seikhlas hati,di tambah sudin memang tidak banyak perlakuan yang kurang elok di depan mahupun di belakang mereka.
Suatu hari,Abang amir dan isteri memujuk sudin untuk pulang ke kampungnya untuk menemui ayah kandung sudin bagi menjemput ke majlis pertunangan sudin.
Namun setibanya mereka di kampung sudin,Rumah tempat dia di lahirkan dulu dalam keadaan agak usang,kelihatan dinding sudah banyak di makan anai-anai.
pada fikiran sudin,mungkin ayahnya telah berpindah setelah berkahwin baru,maka sudin pun mengajak abang amir dan isterinya untuk ke rumah jiran nya yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah itu.
"Pak cik minta maaf nak,..pakcik dan ramai lagi orang kampung cuba cari kau,.tapi tak bertemu pula ketika itu,.sebab....." kata-kata pak rais jiran terdekat sudin terhenti dengan pandangan mata nya di alih ke luar rumah.
"sebab apa pakcik?,.sudin balik ni nak jemput ayah ke majlis pertunangan sudin nanti,..sebelum ni bukan sudin tak mahu balik..tapi pakcik sendiri tahu,ayah tak suka sudin..ayah halau sudin tanpa duit sesen pun.." ujar sudin panjang lebar..
"Nak,..Sebenarnya ayah kamu telah meninggal 5 bulan selepas dia berkahwin baru.." kata pak rais
"Innalillah..Ayah meninggal sebab apa pakcik???" soal sudin dengan nada sebak.
"Ayah kamu jatuh sakit selepas dia berkahwin baru,kemudian isteri baru nya buat hal dan meninggal kan rumah dengan mengambil segala duit simpanan serta wang yang seharus nya di beri kepada kamu yang di pegang oleh ayah kamu".. jawab pak rais panjang lebar dan sekalian yang ada di situ tidak bersuara langsung,hanya mendengar pak rais dan sudin berkata-kata.
"jadi ayah meninggal sebab sakit?" soal sudin lagi.
"Iya nak..tapi sakit ayah kamu sangat pelik,..selama Tiga minggu ayah kamu terlantar teruk,tidak boleh makan atau minum,bermacam cara kami cuba,tetapi tetap begitu juga,di saat-saat akhir nya,arwah ayah kamu tak lekang menyebut nama kamu sudin..sebab itu lah kami berusaha cari kamu,.namun gagal berjumpa,dan ayah kamu meninggal beberapa hari selepas kami gagal mencari kamu.." cerita pak rais.
sudin kelihatan sebak,walaupun dia di perlakukan sebegitu namun,di hati nya tetap memaafkan serta menghalalkan apa saja yang di lakukan atau di ambil oleh arwah ayahnya semasa hidup.
Sudin amat berterima kasih kepada pak rais dan orang kampung kerana menceritakan serta menguruskan arwah ayahnya hingga ke liang lahad.
Lima tahun berlalu,dengan isteri serta anak berusia dua tahun serta menguruskan bengkel yang telah di hadiahkan oleh abang amir kehidupan amir sangat bahagia,namun dia tidak lupa pulang ke kampung halaman untuk menjenguk pusara arwah ibu dan ayah nya serta menziarahi jiran-jiran sekampung.
Manakala abang amir dan isteri tetap menjadi ibu dan ayah angkatnya dan yang lebih mengembirakan mereka telah di kurniakan cahaya mata kembar dua.
Semoga kisah ini menjadi Iktibar, jangan tamak dengan wang ringgit,jangan kerana wang ringgit keluarga berpecah,usah zalimi yatim piatu kelak diri sendiri merana.
Perbuatan memaafkan oleh sudin sangat mulia,walaupun di halau oleh ayah nya tanpa sesen pun wang,dan wang yang sepatutnya di amanahkan menjadi miliknya tidak sampai ke tangan nya.
Ingatlah,kita di dunia ini mungkin boleh menunjukkan kuasa sementara.
Namun kuasa Allah jika mahu rezeki,nyawa dan nasib di tarik balik,maka bila-bila masa sahaja Allah boleh menarik balik semua itu.
Dan ingat lah Allah Maha mendengar lagi mengasihani Doa insan-insan di sakiti,di zalimi mahupun yang teraniaya.
Bersyukurlah dengan apa yang ada,segala apa yang di kurniakan,jangan kerana tamak dan nafsu jahat manusia sanggup lakukan apa saja tanpa berfikir dan takut kepada Allah swt.
sumber:http://ohpilihanku.blogspot.com/
0 Komentar untuk "Kisah Tauladan: Si Ayah Azab Di Dunia Selepas Menzalimi Anak Sendiri"