Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Lapan Makanan Efektif Buang Lemak Di Perut


Tampil kelihatan langsing dan menawan memang menjadi impian kebanyakan orang di luarsana lebih-lebih lagi buat kaum wanita.

Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan tubuh yang diidamkan antaranya dengan menjaga makan, melakukan senaman dan sering melakukan rutin kecergasan di gim.

Ada juga cara mudah untuk mendapatkan hasil tubuh badan menawan dengan hanya melakukan tips-tips di bawah ini. Selamat mencuba!

1. Teh Hijau

Teh ini merupakna antara teh herba yang amat bagus untuk mengecilkan perut sekali gus mengurangkan masalah radang di dalam tubuh. Kandungan flavanoid yang besifat anti inflamasi dan semula jadi itu dikatakan mampu membakar lemak degil yang terkumpul di bahagian perut.


2. Sumber Makanan Omega 3

Menerusi satu kajian menunjukkan bahawa individu yang mengamalkan diet menggunakan bahan asid lemak omega 3 yang tinggi berupaya mengecilkan perut sekali gus menjadikan ia kelihatan lebih rata. Antara makanan yang dicadangkan ialah kacang walnut dan ikan.

3. Bawang Putih

Pasti ramai yang masih belum tahu bahawa bawang putih mampu bertindak sebagai bahan antibiotik semula jadi. Ini kerana apabila paras gula terkawal maka proses pembakaran lemak di perut dapat distabilkan. Bawang putih juga berfungsi untuk meningkatkan tahap metabolisme.

4. Daun Pudina

Daun pudina berupaya membakar lemak di bahagian perut. Ini kerana kandungan bahan semula jadi di dalamnya yang mampu melarutkan lemak seterusnya meningkatkan sistemmetabolisme tubuh.

5. Kulit Kayu Manis

Kulit kayu manis memang terbukti agen pembakar lemak yang paling efektif. Cuma tambahkan sedikit kulit kayu manis dalam makanan atau minuman yang akan diambil.

6. Tembikai

Buah tembikai mengandungi 82 peratus air di mana ia mampu membuatkan seseorang berasa kenyang dengan cepat. Secara tidak langsung, cara ini dikatakan mampu menghindarkan diri daripada keinginan untuk sentiasa mengunyah.

7. Epal

Bahan kalium yang terdapat dalam epal memang membantu membuatkan seseorang itu cepat kenyang dan sekali gus dapat mengelakkan makan berlebihan untuk mengurangkan lemak di bahagian perut.

8. Pisang

Kaya dengan pelbagai vitamin, pisang juga merupakan buah-buahan yang mampu membuatkan seseorang sentiasa dalam keadaan kenyang selain ianya juga boleh meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan anda. 
sumber– MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Lapan Makanan Efektif Buang Lemak Di Perut"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info