Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Mimi One Nation Emcees Bakal Nikah Pensyarah Mac 2015


Penyanyi kumpulan One Nation Emcees (ONE), Mimi akui bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang pensyarah di sebuah universiti swasta pada Mactahun hadapan.

Mimi yang berusia 27 tahun itu berkata dia bukan sahaja sudah bersedia untuk berumahtangga dengan jejaka pilihannya itu, malah dia juga amat teruja untuk melangkah ke gerbangperkahwinan.

“InsyaAllah jika tiada arah melintang kami merancang untuk bernikah pada Mac tahun hadapan. Sekarang ini segala persiapan sedang kami jalankan.

“Terus-terang saya amat teruja untuk melangkah ke alam perkahwinan kerana seronok pula apabila melihat rakan sebaya yang lain yang sudah berkahwin dan punya anak sendiri,” katanya kepada murai.com.my

Mimi memberitahu lagi dia yakin sikap tegas yang ada pada bakal suaminya itu dapat menjadi pasangan yang terbaik dalam hidupnya kelak.

“Kami sebenarnya sudah kenal sejak kami sama-sama usia 13 tahun lagi. Baru beberapa tahun ni kami mula rapat dan saya mula terpikat dengan sikap dia.

“Dia seorang yang tegas dalam kerja, dari situ saya sudah terpikat sebab saya rasa dia boleh membimbing saya satu hari nanti,” jelasnya lagi.

Mimi bakal muncul dengan single solo berjudul Bertenanglah dijangka akan dilancarkan pada November ini.
sumber:http://www.murai.com.my
0 Komentar untuk "Mimi One Nation Emcees Bakal Nikah Pensyarah Mac 2015"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info