Biarpun diasak dengan pelbagai pertanyaan berhubung kontroversi yang tercetus diantara dia dan bapanya, Amy (Search), Nabila, 30, tetap berdiam diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan.
"Maafkan saya. Saya tidak mahu komen," Itu sahaja komen Nabila bila didesak media.
Terdahulu kontroversi Nabila dan bapanya tercetus apabila Amy mengkritik sikap Nabila selepas pelakon itu memuat naik gambar mesra percutiannya bersama seorang lelaki di luar negara.
Berikutan itu, Nabil bertindak memadamkan koleksi ratusan gambarnya dalam akaun
Instagram miliknya.
Nabila juga dikatakan telah meminta restu bapanya untuk berkahwin dengan seorang pemuda dan hubungan berkenaan dikatakan mendapat lampu hijau daripada keluarganya.
Dalam pada itu, bercakap mengenai filem Saloma, Nabila berkata, pada awalnya dia meragui kredibilitinya untuk membawakan watak tersebut kerana merasakan masih belum layak.
Bagaimanapun keyakinan dan kepercayaan yang ditunjukkan oleh Melissa terhadapnya membuatkan dia menyahut cabaran berkenaan.
"Apabila dipanggil untuk uji bakat saya sangat takut kerana tiada keyakinan dapat membawa watak berkenaan dan saya terkejut apabila diberitahu terpilih memikul tanggungjawab sebagai Saloma.
"Bagaimanapun apabila sudah siap disolek dan mengenakan baju pada zaman berkenaan, secara automatik aura itu mula keluar dan Alhamdulillah atas bantuan pengarah saya dapat melaksanakan tanggungjawab tersebut," katanya.
Jelasnya lagi, sebagai persediaan dia banyak melakukan kajian mengenai Saloma dan merujuk kepada ahli keluarga Allahyarham untuk memastikan dia berjaya menterjemahkan watak berkenaan dengan baik.
"Alhamdulillah Kak Melissa dan Mummy (Mariani) banyak membantu dan mereka sangat teliti dalam perihal mengenai Saloma terutamanya cara bercakap, berjalan dan fesyen yang digayakan," ujarnya.
sumber:kezoom
0 Komentar untuk "Nabila Huda Enggan Layan Soal Peribadi Lagi"