Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Pengharaman Tablet iPad Di Old Trafford Manchester United


Tablet iPad adalah peranti pintar yang boleh kita lihat di mana-mana.

Lebih-lebih lagi jika anda ke kedai kopi espreso atau kafeteria, pasti ada beberapa pengguna yang menggunakan peranti ini.

Lain pula ceritanya di Stadium Old Trafford, England. Peranti ini bersama dengan tablet bersaiz besar yang lain serta komputer riba akan dilarang untuk dibawa masuk bermula musim ini.

Pihak Manchester United masih tidak memberitahu sebab mengapa tablet dan komputer riba dilarang dibawa masuk.

Tetapi ramai berpendapat peranti tablet ini akan menghalang pandangan penonton lain apabila ia digunakan untuk mengambil gambar.

Komputer riba pula diharamkan dibawa masuk kerana disyaki digunakan untuk memuat naikvideo permainan yang sedang berlangsung secara haram.

Di dalam sebaran media yang disertakan, hanya peranti bersaiz kurang dari 150 x 100 milimeter (lebih kurang saiz Galaxy Note 3) akan dibenarkan untuk dibawa masuk.

Ini bermakna iPad Mini juga termasuk di dalam senarai peranti yang diharamkan di bawa masuk ke dalam The Theatre of Dreams.

Setakat ini hanya Old Trafford secara rasmi melakukan pengharaman ini, di stadium-stadium bolasepak Liga Perdana Barclay yang lain anda masih bebas membawa tablet dan komputer riba masuk.
Sumber: http://mynewshub.my
0 Komentar untuk "Pengharaman Tablet iPad Di Old Trafford Manchester United"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info