Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Penumpang MAS Dakwa Gambarnya Disalah Guna Portal OZ


Pemenang program Masterchef UK 2014, Catherine Chin Wan Ping Coombes mengecam tindakan sebuah portal Australia yang menyiarkan laporan palsu berhubung gambarnya yang dikongsikan di
Twitter.

Catherine berkongsikan gambarnya menaiki pesawat MAS, penerbangan dari London keKuala Lumpur, yang kelihatan banyak kerusi kosong dalam kelas perniagaan yang dinaikinya.

Portal itu didakwa membuat laporan palsu mengatakan insiden MH17 yang ditembak jatuh 17 Julai lalu telah memberi tamparan hebat kepada MAS berikutan penumpang sudah tidak lagi memilih MAS untuk menuju ke destinasi masing-masing.

Catherine ke ibu negara ditemani suaminya, warga British bersama anak perempuan mereka dibenarkan masuk terlebih dahulu kerana mengikut polisi penerbangan, keluarga yang bersama anak kecil akan diberi keutamaan untuk masuk dahulu sebelum penumpang lain.

“Bangun pagi dengan gambar ini terpampang dimedia! Sesiapa yang pernah naik kapal terbang pasti mengetahui mereka akan membenarkan penumpang dengan anak kecil naik pesawat terlebih dahulu, penerbangan yang saya naik tidak kosong, sebaliknya ia memang penuh dengan penumpang,” bidas Catherine yang merupakan anak kelahiran Ipoh, Perak ini. 
sumber:– MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Penumpang MAS Dakwa Gambarnya Disalah Guna Portal OZ"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info