Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Polis Trafik Yang Prihatin

Demi memastikan kelancaran lalu lintas, seorang anggota polis trafik yang dikenali sebagai Konst 177168 Sim Geok Heng dari Balai Polis Trafik Kuala Lumpur menggunakan cangkul bagi membuat laluan untuk mengalirkan air yang menjadi punca banjir kilat di Jalan Kinabalu dekat susur ke Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur petang semalam.

Sebelum ini Konstable Sim telah dikerahkan ke lokasi bagi mengawal lalu lintas yang sesak akibat banjir kilat sebelum mengambil inisiatif membuat laluan air terbabit selepas mendapati ianya punca kesesakan.

Usaha dan keikhlasan menjalankan tugas oleh Konstable Sim amat dihargai.
Tahniah dan terima kasih kepada Konst 177168 Sim Geok Heng.
sumber: kezoom
0 Komentar untuk "Polis Trafik Yang Prihatin"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info