Selamat hari raya Murai Batu ucapkan kepada semua terutama sekali geng Murai yang dikasihi. Macam mana raya anda semua? Meriah ke tidak? Marilah kita bersederhana tahun ini, maklumlah pelbagai kisah serta tragedy yang melanda kita seluruh rakyat Malaysia.
Dalam pada itu, Murai Batu pun tidak terlepas melihat sambutan Aidilfitri para selebriti kesayangan rakyat Malaysia di Instagram kan. Tak payah buka televisyen dah sekarang, semua di hujung jari lentik saja.
Antara yang menarik perhatian Murai Batu adalah pasangan yang sering dilanda angin pasang tak lain tak bukan pasangan Qi Razali dan Nelydia Senrose. Alhamdulillah mereka dilihat masih lagi bahagia bergelar pasangan kekasih. Buktinya bila Syawal ini mereka berdua dilihat mesra apabila foto beraya bersama dimuatnaik di laman Instagram.
Di sebalik itu pula ada pihak serta peminat yang kurang berkenan dengan entri tersebut dan mendakwa melebihi batas pasangan kekasih.
Gambar yang masih ada di akaun Instagram milik Nelydia itu telah menarik para netizen memberikan hujah serta pandangan masing-masing dan tidak kurang juga yang memberikan kritikan pedas. Apa kata geng Murai sekalian, pasti ada yang suka dan tak kurang juga yang gembira sebab keduanya masih bersama kan?
Murai Batu tidak mahu menyebelahi pihak mana pun, terpulanglah kepada mereka mahu menilai. Tepuk dada tanya selera kan. Yang salah tetap salah tetapi setidak-tidaknya mereka tidak hipokrit kan? Walaupun tidak bersentuh kulit.
Haaa itu baru sedikit saja teropong Murai Batu di Instagram selebriti kita beraya. Kalau ada sesiapa yang tahu ada lagi cerita di Instagram yang panas jangan lupa tag Murai Batu di Instagram @gengmurai tau. Boleh kita kongsikan sama ada panas ke tidak. Oops! Selamat berhari raya uols!murai.com.
sumber: http://gabancomel.blogspot.com/
0 Komentar untuk "Qi Razali & Nelydia Senrose Dikecam Berpeluk Mesra Di Hari Raya"