Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Ramona Zam Zam Punca Dazrin Dan Amyra Tak Jadi Kahwin?


Pastinya ramai yang dah tahu tentang pembatalan majlis perkahwinan pasangan pelakonDazrin Kamaruddin dan tunangnya, Amyra Rosli.

Punca pembatalan majlis tersebut walau bagaimanapun tidak didedahkan, namun rata-rata peminat membuat spekulasi keakraban Dazrin dan seorang lagi pelakon wanita, Ramona Zam Zam sejak akhir-akhir ini, adalah punca kepada perkara tersebut.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Amyra berkata kepada portal Gua, “bagi saya, benda itu tak datang dari mulut saya sendiri sebab tahu-tahu dah keluar di surat khabar. Jadi, sama ada ya atau tidak perkara itu, saya tak nak ambil tahu sebab saya tak tahu apa-apa langsung tentang hal tersebut”.

Walaupun majlis mereka dibatalkan pada saat-saat akhir, namun Amyra mengakui masih sayang pada Dazrin dan tidak menafikan akan meneruskan perkahwinan sekiranya jodoh mereka masih kuat.

Sepatutnya, Amyra dan Dazrin dijadualkan bernikah pada Jumaat ini namun ibu pelakon cantik itu membuat kenyataan kepada pihak media bahawa majlis anaknya telah dibatalkan selepas mengadakan perbincangan di antara kedua-dua belah pihak pada akhir Ramadan lalu.
sumber – MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Ramona Zam Zam Punca Dazrin Dan Amyra Tak Jadi Kahwin?"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info