Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Sabhi Saddi Tunggu Jawapan Nova Music


Biarpun lagu CintaSesungguhnya masih menjadi pilihan kebanyakan stesen radiotempatan, namun penyanyi lagu berkenaan Sabhi Saddi mengharapkan agar satu lagi lagunya akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Dia yang kini bernaung di bawah syarikat pengurusan LOL Entertaimen sejak Mac lalu berkata, buat masa sekarang dia masih menunggu kata putus daripada Nova Music untuk melancarkan salah satu daripada dua lagu baru nyanyiannya.

Dua lagu berkenaan iaitu Percuma yang merupakan nyanyianSabhi Saddi secara solo dan Kisah Kita iaitu duetnya bersamaNieyl Mentor.

Nova Music yang bertindak selaku pengedar dua lagu baru Sabhi Saddi itu termasuk Cinta Sesungguhnya bertanggungjawab untuk membuat pilihan paling tepat bagi merealisasikan impiannya itu.

“Itulah, saya masih menunggu jawapan daripada pihak Nova Music untuk memilih lagu Percuma atau Kisah Cinta duet saya bersama Nieyl.

“Kedua-dua lagu berkenaan sudahpun siap sepenuhnya dan hanya menunggu untuk dilancarkan saja terutama sekali lagu Percuma yang telah siap sejak 2012.

“Sepatutnya bulan depan saya akan keluar dengan lagu baru. Tapi tunggulah nanti bagaimana keputusan Nova Music selepas perbincangan kami nanti,” katanya yang kini sibuk menguruskan rumah tangga bersama isteri dan anak sulungnya.

Menurut Sabhi Saddi, jauh di lubuk hatinya untuk memperkenalkan lagu Percuma ciptaan komposer Indonesia, Bamby Noor itu kepada peminatnya tetapi dia sedar pihak Nova Music mempunyai strateginya sendiri.

Tambahnya, dia bersama pihak pengurusannya akan bertemu dengan Nova Music dalam masa terdekat bagi membincangkan kekeliruan itu.
sumber:http://www.murai.com.my
0 Komentar untuk " Sabhi Saddi Tunggu Jawapan Nova Music"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info