Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Serius Macho, Kekasih Jernihkan Hubungan Nabila Huda Dengan Amy Search

Ini barulah macho, tampan, bergaya, penuh keyakinan, gentleman dan ada ciri-ciri suami sejati. Seperti yang telah kongsikan sebelum ini, hubungan Amy Search dan Nabila Huda kini telah pun pulih seperti biasa. Mereka berdua telah pun menyambut Aidilfitri bersama-sama. Apa yang mengkagumkan Abang Nara ialah teman lelaki baru Nabila Huda yang bertanggungjawab dalam menyatukan kembali hubungan si ayah dan si anak ini. Respek!!!

Walaupun identitinya masih tidak diketahui, jelas terserlah kematangan kekasih baru Nabila Huda ini. Walaupun sebelum ini Amy Search pernah memaki hamun dan tidak merestui hubungan anaknya dengan si kekasih baru ini, namun ia tidak menghalang lelaki ini untuk memulihkan hubungan Amy dan Nabila. Kata Amy Search menerusi Mstar Online:-
Sebenarnya saya tidak pernah menyekat mana-mana lelaki yang ingin berkawan dengan Nabila kerana itu pilihannya. Walaupun pernah marah dengan kekasih Nabila, tetapi jauh di sudut hati, saya tidak berdendam.

Cuma saya bersyukur kerana dia seorang yang bertanggungjawab, berani berdepan dengan saya dan kerana dia juga hubungan saya dan Nabila, Alhamdulillah, kembali jernih. Apa yang telah berlaku sebelum ini menjadi satu pengajaran buat saya mahupun Nabila. Alhamdulillah, moga kebahagiaan ini kekal akhir hayat


Lelaki seperti ini bukan mudah untuk dijumpai di zaman sekarang. Nasihat kepada Nabila Huda, cepat-cepatlah kahwin dengan kekasih anda. Jelas terserlah betapa dia adalah seorang lelaki yang bertanggungjawab dan mementingkan keluarga. Insya Allah kebahagiaan pasti menjadi milik anda sekiranya berkahwin. Sila cepat takut ramai yang nak rembat nanti. Hehehe.
sumber: http://beautifulnara.com/
0 Komentar untuk "Serius Macho, Kekasih Jernihkan Hubungan Nabila Huda Dengan Amy Search"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info