Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Sharifah Sakinah Tak Mahu Kekasih Disindir Di Tempat Kerja


Sebelum ini pernah menyiarkan cerita mengenai pelakon sensasi Sharifah Sakinah yang kini dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang juruterbang.

Dan ternyata memang benar pelakon cantik ini sedang bercinta dengan seorang jejaka bergelar pilot dan yang lebih menariknya Sakinah mengakui sudah bercinta sejak awal tahun ini.

Pandai simpan rahsia Sakinah ni..

Rupa-rupanya ada sebab Sakinah merahsiakan perhubungan ini kerana menurutnya, kekasihnya tak mahu terlalu mencanangkan perkara itu kerana mahu privasinya tidak diganggu.

Memetik Harian Metro, Sakinah menyatakan, “yelah, memang bercinta dengan dia, cuma taknak kecoh-kecoh sangat. Saya malas nak kecoh-kecoh sebab dia tak suka sangat. Tapi sekarang orang dah mula bercakap, terpaksalah mengiyakan.

“Cuma dia tak mahu terlalu mencanangkan hubungan ini demi privasinya dan tak nak orang meluat pulak. Saya tak ada masalah berkongsi cuma tak bolehlah terlalu banyak sebab dia tak nak diganggu atau disindir di tempat kerja,” katanya.

Oh macam tu ceritanya, jadi lepas ini kalau Sakinah enggan buka mulut pasal hubungannya, faham-faham sendirilah kan..
sumber: - MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Sharifah Sakinah Tak Mahu Kekasih Disindir Di Tempat Kerja"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info