Bila tertekan manusia kadang-kadang bertindak di luar batasan normal.
Itulah yang berlaku pada seorang pemuda di Terengganu yang membawa kereta berpusing-pusing di satu persimpangan lampu isyarat hingga mengejutkan pemandu lain, Isnin lalu.
Mungkin tak tahu mana nak dituju pemandu itu berpusing sebanyak tiga kali di Jalan SultanOmar dalam keadaan bumper kereta sudah rabak hingga dihon bertalu-talu kenderaan lain.
Selepas ditahan penyiasatan polis mendapati insiden ini berlaku kerana pemandu Vios berusia 23 tahun terbabit terlalu tertekan selepas diberhentikan kerja di Johor Bahru.
Hm, kesian memang kesian tapi bila sampai bahayakan nyawa orang lain macam ini rasanya eloklah pemandu tersebut duduk rumah sahaja daripada keluar ketika tertekan.
sumber- MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Stres Dibuang Kerja, Pemandu Pusing Lampu Isyarat"