Murai Batu tak faham dengan segelintir manusia yang berhati kaudu ni. Kalau pun tak suka dengan seseorang tu, tak payahlah nak mencaci dan menghina seseorang tu sampai menggelarkan dia yang bukan-bukan.
Lagipun apa sebab nak kena buat macam tu? Afa faedahnya? Apa kepuasan yang korang dapat? Korang dapat piala ker? Dapat wang ringgit ker? Dapat pahala ker?
Murai Batu cakap macam ni sebab Murai Batu sedih bila melihat pelbagai kecaman dilemparkan terhadap Nora Danish hanya disebabkan dia masih lagi baik dengan bekas keluarga mertuanya (ibu Jejai). Semuanya berpunca daripada gambar postingnya beraya di rumah bekas keluarga mertuanya.
Kononnya Nora Danish terhegeh-hegeh lagilah dengan keluarga Jejai, kononnya Nora Danish mengendeng-ngendeng lagi kat keluarga Jejai disebabkan harta dan paling menyedihkan bila ada yang sanggup menggelarkan dia sebagai pendatang Myanmar. Melampau sungguh....
Ya Allah... korang semua ni boleh mengucap tak. Apa ni? Apa semua ni? Kenapa mesti nak keluarkan kenyataan yang macam tu. Korang ni dah takde hati perut ker? Dah tak fikir hati dan perasaan orang ker?
Bukanlah Murai Batu nak menangkan Nora Danish. Tapi sebagai manusia dan sebagai orang Islam, Murai Batu rasa penghinaan tersebut memang sangat melampau dan tidak patut diucapkan pada saat umat Islam masih menyambut hari lebaran yang penuh suci dan mulia ini.
Lagipun, kalau kenyataan tu betul, tidak apa juga. Sebaliknya, kenyataan tersebut sama sekali adalah satu fitnah kerana keluarga Nora Danish bukanlah keluarga pendatang haram diMalaysia ini.
Yang pastinya, keluarga Nora Danish menetap di sini secara sah. Bapa Nora Danish berketurunan Arab dan berkahwin dengan ibu Nora Danish yang berketurunan Myanmar. So, kenapa mesti nak kaitkan Nora Danish dengan Myanmar saja. kenapa tak kaitkan juga dia Arab sebab terang-terang dia berdarah Arab-Myanmar.
Yang Murai Batu dapat tahu jugak, Bapa Nora Danish bekerja sebagai seorang jurutera dan ibunya pula pernah berniaga (tak tahulah pula Murai Batu sekarang ini ibu Nora ada berniaga lagi ke tidak).
Senang cakap, keluarga Nora Danish bukanlah keluarga yang cikai-cikai ya. Jadi, sudah-sudahlah mengata orang tak tentu pasal dan cuba-cubalah bersikap rasional dan muhasabahkanlah diri tu apa yang patut. Yang itu, ada lagi faedahnya....
sumber: http://www.murai.com.my
0 Komentar untuk "Sungguh Kurang Ajar Menggelar Nora Danish Pendatang Myanmar!"