Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Tak Mahu Kontrak Ditarik Balik, Dynas Tangguhkan Penceraian?


WALAUPUN pelakon Dynas Mokhtar tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kisah rumah tangganya yang hangat diperkatakan suatu ketika dulu, namun rata-rata mengatakan pelakon cantik ini sudah pun bercerai dengan suaminya,

Namun menerusi artikel Metro Ahad baru-baru ini, Dynas dikatakan terpaksa menangguhkan penceraiannya kerana tidak mahu kontraknya dengan sebuah produk ditarik balik memandangkan dirinya diikat kerana imejnya sebagai seorang isteri dan ibu yang melambangkan produk yang diwakilinya.

Menurut laporan itu lagi, disebabkan hal itu, Dynas dan suaminya sepakat menyelesaikan masalah antara mereka apabila kontrak itu tamat. Demi mengelak kontrak itu ditarik balik, terpaksalah mereka merahsiakan apa juga yang berlaku daripada pengetahuan umum.

Padanlah Dynas langsung tidak mahu mengulas lanjut mengenai kisah rumah tangganya sebelum ini, rupa-rupanya ada sebab dia berbuat demikian.

Walaupun begitu, kami disini sentiasa mendoakan kesejahteraan pelakon ini sekeluarga agar kebahagiaan yang dikecapi kini kekal buat selama-lamanya.
sumber:-MYNEWSHUB.MY



0 Komentar untuk "Tak Mahu Kontrak Ditarik Balik, Dynas Tangguhkan Penceraian?"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info