Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Tiga Suspek Ditahan Kes Bunuh Penuntut Britain Di Kuching


Susulan dua pelajar perubatan warga BRITAIN maut selepas diserang dengan senjata tajam di Jalan Abell, KUCHING, Sarawak awal pagi semalam; tiga suspek telah berjaya diberkas polis.

Dua suspek ditangkap di Kampung Gersik manakala seorang lagi di Jalan Green.

Dalam kejadian sekitar jam 4 pagi INI suspek yang mabuk dipercayai bertindak membunuh mangsa atas alasan mereka membuat bising kerana bertengkar.

Berdasarkan laporan saksi, mangsa pertama ditikam dari belakang lalu maut di tempat kejadian sementara seorang lagi mangsa CUBA melarikan diri namun gagal selepas dikejar para suspek.

Difahamkan pihak polis masih memburu seorang lagi suspek kes ini.
Kedua-dua mangsa merupakan penuntut UNIVERSITI NEWCASTLE yang kini berada di Malaysia untuk program pertukaran pelajar. 
sumber– MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk " Tiga Suspek Ditahan Kes Bunuh Penuntut Britain Di Kuching"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info