Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

TV3 Dikecam Tak Peka Dengan Pesanan Sharifah Aini


PADA 6 Julai lalu, kami pernah menyiarkan artikel mengenai Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini yang bertajuk “Pesanan Sharifah Aini – ‘Jangan Keluarkan Gambar Tak Berhijab’”.

Ia berkaitan dengan kenyataan beliau yang memohon agar stesen televisyen dan rakanmedia supaya tidak lagi mengeluarkan gambar lamanya yang tidak berhijab.

Katanya:

“Saya ada permintaan kepada stesen TV, kepada kawan-kawan di media. Kalau nak keluarkan gambar-gambar, tolonglah jangan keluarkan yang dulu yang tak berhijab. Kesian kat kita semua. Kami semua dah ‘move on’. Kita tak kata kita baik, tapi kita nak jadi baik. Kita nak dekat dengan Allah. Setiap hari kita mencari keredhaan Allah,”


Bagaimanapun, Isnin lalu, program Majalah 3 menerusi saluran TV3 telah menyiarkan sebuah laporan khas mengenai perjalanan hidup biduanitanegara itu.

Laporan tersebut telah memaparkan temubual bersama insan-insan yang rapat dengan Allahyarhamah dan juga rakaman serta gambar lama beliau yang pada ketika itu masih belum berhijab.

Ia sekaligus menimbulkan kemarahan ramai dan disuarakan menerusi
Facebook rasmi TV3.





Kami yakin pihak Majalah 3 tidak berniat untuk mengaibkan Allahyarhamah, sebaliknya mahu memberikan penghormatan kepadanya.

Namun, ada benarnya apa yang dikatakan oleh orang ramai itu.

Sebagai sebuah stesen televisyen ternama, mereka sepatutnya lebih peka dengan perkara yang berkaitan dengan Allahyarhamah agar tidak menimbulkan kontroversi seperti ini.

Apapun, diharapkan agar ia tidak berpanjangan dan seterusnya dijadikan pengajaran oleh media cetak dan elektronik yang lain…
sumber:MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "TV3 Dikecam Tak Peka Dengan Pesanan Sharifah Aini"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info