Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

‘Ulat Tiket’ Curi Penumpang Di Luar Pudu Sentral?


Seorang pengguna FACEBOOK mempertikaikan urusan jual beli tiket bas yang rancak dilakukan di satu kawasan di luar Terminal Bas Pudu Sentral (dulu dikenali sebagai Puduraya), Kuala Lumpur.

Jualan tiket BAS yang dibuat di LUAR kaunter dan premis Pudu Sentral ini dipercayai dilakukan ulat tiket kerana harga dikenakan boleh mencecah sekali ganda daripada harga biasa tiket ke destinasi sama.

Jika dahulu ulat tiket memang banyak berkeliaran dalam Puduraya namun setelah diberi wajah baru dan ditukar nama kepada Pudu Sentral, mereka tak ada ‘can’ lagi berbuat demikian kerana pemasangan banyak CCTV di premis INI untuk memantau keselamatan pelawat dan penumpang.

Sekiranya benar berlaku urus niaga tiket haram di luar Pudu Sentral, maka pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera demi kepentingan pengguna.

Manakala pengguna pula, janganlah menyokong aktiviti yang merugikan anda ini. Apa salahnya berjalan sikit ke depan, masuk Pudu Sentral dan beli daripada kaunter yang SAH-sah dipantau harganya. 
sumber: - MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "‘Ulat Tiket’ Curi Penumpang Di Luar Pudu Sentral?"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info