Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Urutan Masa Lengkap Tragedi MH17


Tiga lagi mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 dibawa pulang ke Malaysia hari ini dengan dua daripadanya diberi penghormatan dalam istiadat ringkas penuh penghormatan.

Bagaimanapun satu lagi jenazah yang dibawa balik hari ini tidak mengikuti istiadat penghormatan atas permintaan keluarga yang mahukan privasi.

Setakat ini 23 daripada 43 mangsa rakyat Malaysia yang maut dalam tragedi itu dibawa pulang ke tanah air. Pada Jumaat lepas, 20 jenazah dibawa pulang dengan pesawat khas.

Berikut ialah urutan masa tragedi Penerbangan MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdamke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai sehingga hari ini;

* 17 Julai (Hari pertama) – Pesawat Malaysia Airlines MH17 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari waktu Amsterdam (waktu Malaysia: 7.14 malam 17 Julai) dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada hari berikutnya.

* 18 Julai (Hari kedua) – MAS mengesahkan menerima pemberitahuan daripada ATCUkraine bahawa ia hilang hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) (waktu Malaysia: 10.15 malam 17 Julai) di lokasi 30km dari Tamak waypoint, lebih kurang 50km dari sempadan Rusia-Ukraine.

- Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh oleh pemberontak di zon perang.

- Malaysia menghantar penyiasat ke Ukraine.

- MAS menyatakan laluan itu diisytihar selamat oleh Badan Penerbangan Antarabangsa dan pesawatnya mempunyai rokod penyenggaraan sempurna.

- Pesawat berkenaan membawa rakyat Belanda (193, termasuk seorang yang memiliki kerakyatan Belanda/Amerika), Malaysia (43, termasuk 15 anak kapal), Australia (27), Indonesia (12), United Kingdom (10, termasuk seorang yang memiliki kerakyatan Amerika/Afrika Selatan), Belgium (empat), Jerman (empat), Filipina (tiga), Kanada (satu) dan New Zealand (satu).

* 19 Julai (Hari ketiga) – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar tentang krisis Ukraine dan Malaysia menuntut diadakan penyiasatan penuh, bebas dan telus.

- Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong berlepas ke Kiev untuk membantu memudahkan pasukan penyiasat memasuki tempat pesawat berkenaan
terhempas.
- MAS mengeluarkan maklumat penuh tentang penumpang.

* 20 Julai (Hari keempat) – Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berlepas ke Ukraine untuk membantu urusan berkaitan kejadian itu.

- Penyiasat Malaysia tiba di tempat nahas di Torez.

* 21 Julai (Hari kelima) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbincang dengan Alexander Borodai, yang menguasai wilayah berlakunya tragedi itu.

- Persetujuan dicapai tentang pengeluaran mayat mangsa, Malaysia menyimpan kotak hitam dan penyiasat antarabangsa diberi akses ke tempat nahas.

* 22 Julai (Hari keenam) – Kotak hitam MH17 diserah kepada pihak berkuasa Malaysia di Donetsk, Ukraine.

- Kereta api membawa 282 mayat mangsa berlepas dari Donetsk ke Kharkiv.

* 23 Julai (Hari ketujuh) – Sidang khas Parlimen Malaysia meluluskan usul mengutuk perbuatan menembak jatuh Penerbangan MH17.

- Pasukan penyiasat antarabangsa mengambil keputusan menyerahkan kotak hitam MH17 kepada Cawangan Siasatan Nahas Udara United Kingdom (UK) di Farnborough untuk dibuat analisis forensik.

* 24 Julai (Hari kelapan) – Kabinet Malaysia membatalkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bagi menghormati mereka yang terkorban dalam tragedi MH17.

- Sukan Komanwel bermula di Glasgow, Scotland dan memberi penghormatan kepada mangsa tragedi MH17.

* 25 Julai (Hari kesembilan) – Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengambil keputusan untuk berlepas ke Amsterdam pada hari berikutnya bagi membantu siasatan tragedi MH17.

* 28 Julai (Hari ke-12) – Kumpulan terakhir 38 keranda berisi mayat mangsa tragedi MH17 tiba di Eindhoven, Belanda, menjadikan kesemuanya 227 keranda telah diserahkan.

* 29 Julai (Hari ke-13) – Malaysia mendapat persetujuan agar polis antarabangsa ditempatkan di kawasan nahas.

* 30 Julai (Hari ke-14) – Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB berkata perbuatan menembak jatuh pesawat MH17 boleh dianggap sebagai jenayah perang.

- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berlepas ke Kiev.

* 31 Julai (Hari ke-15) – Tujuh puluh mayat dikenal pasti melalui proses DVI (pengecaman mangsa bencana).

* 1 Ogos (Hari ke-16) – Najib tiba di Amsterdam.

- Malaysia, Belanda menyeru agar permusuhan di tempat berlaku nahas ditamatkan.

* 3 Ogos (Hari ke-18) – Enam puluh lapan anggota polis Malaysia berlepas ke Donetsk untuk membantu siasatan.

* 4 Ogos (Hari ke-19) – Pengumuman dibuat bahawa setiap anggota keluarga terdekat mangsa akan menerima bayaran pampasan US$50,000.

* 6 Ogos (Hari ke-21) – Usaha mencari mayat mangsa tragedi MH17 diteruskan di sekitar sebuah tasik di tempat nahas.

- Lima puluh peratus siasatan selesai.
-

* 12 Ogos (Hari ke-27) – Mayat 16 rakyat Malaysia dikenal pasti.

* 14 Ogos (Hari ke-29) – Mayat 24 rakyat Malaysia dikenal pasti.

- Kerajaan Malaysia mengisytiharkan 22 Ogos sebagai Hari Perkabungan Negara.

* 16 Ogos (Hari ke-31) – Upacara penuh keagamaan diadakan untuk mangsa bukan beragama Islam.

* 17 Ogos (Hari ke-32) – Mayat 26 rakyat Malaysia dikenal pasti.

* 19 Ogos (Hari ke-34) – Mayat 28 rakyat Malaysia dikenal pasti.

* 21 Ogos (Hari ke-36) – Mayat 30 rakyat Malaysia dikenal pasti.

* 22 Ogos (Hari ke-37) – 9.54 pagi: Pesawat khas MAS yang membawa pulang

20 jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi MH17, mendarat di KLIA.

- 10.22 pagi: Dua keranda pertama yang membawa jenazah kru MAS, Mastura Mustafa dan Ahmad Hakimi Hanapi dibawa keluar dari pesawat khas.

- 10.54 pagi: Malaysia bertafakur selama seminit sebagai menghormati jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi MH17.

- 10.58 pagi: Van membawa jenazah 20 mangsa MH17 bergerak melepasi khemah khas Yang di-Pertuan Agong.

- 11.08 pagi: Jenazah mangsa tragedi MH17 Ariza Ghazalee dan anaknya Muhammad Afif Thambi dibawa menaiki pesawat tentera untuk dibawa pulang ke Kuching.

- 12.10 tengah hari: Helikopter EC725 yang membawa jenazah Mohd Ali Md Salim tiba di IKBN Pagoh.

- 12.20 tengah hari : Jenazah dua kakitangan MAS, Nur Shazana Mohamed Salleh dan Ahmad Hakimi Hanapi tiba di Masjid Putra, Putrajaya.

- 12.30 tengah hari : Solat jenazah di Masjid Putra, Putrajaya diimamkan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

- 12.35 tengah hari: Jenazah penumpang Noor Rahimmah Mohd Nor serta anak kapal MH17 mendiang Chong Yee Pheng masing-masing dibawa menaiki van jenazah ke kediaman keluarga di Tambun dan Taman Pertama, Ipoh.

- 12.35 tengah hari: Helikopter EC725 TUDM membawa jenazah anak kapal MH17 Azrina Yakob tiba di Lapangan Terbang Tekah, Assam Kumbang, Taiping.

- 12.35 tengah hari : Jenazah Foo Ming Lee sampai di Nirvana Memorial Centre Jalan Sungai Besi untuk upacara keagamaan.

- 12.50 tengah hari : Jenazah anak kapal MH17 Dora Shahila Kassim tiba di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, KL.

- 12.50 tengah hari : Jenazah Paul Rajasingam/Sivagnanam dan Mabel Anthony Samy tiba di Taman Peringatan Nirvana, Sungai Besi.

- 1 tengah hari: Jenazah pramugari Hamfazlin Sham Mohamed Arifin tiba di kediaman keluarganya di Wangsa Maju dan akan disembahyangkan di Masjid Usamah Bin Zaid.

- 1 tengah hari : Jenazah dua kakitangan MAS, Nur Shazana Mohamed Salleh dan Ahmad Hakimi Hanapi tiba di Tanah Perkuburan Islam Putrajaya untuk pengebumian.

- 1 tengah hari : Abu mayat pramugari MAS Angeline Premila Ranjandaran tiba di rumah keluarganya di Bukit Tinggi, Klang.

- 1 tengah hari : Abu mayat Elisabeth Ng Lyeti tiba di Pusat Xiao En Bereavement di Jalan Kuari, Cheras.

- 1.20 petang: Solat jenazah penumpang MH17 Noor Rahimmah Mohd Noor diimamkan ADUN Manjoi Muhammad Ziad Zainal Abidin di kediaman keluarganya dan disembahyangkan sekali lagi selepas solat Jumaat di Masjid Al-Amin, Tambun, Ipoh.

- 1.30 tengah hari : Jenazah anak kapal MH17, Nur Shazana Mohamed Salleh selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya.

- 2.20 petang: Jenazah pramugari MAS, Hamfazlin Sham Mohamed Arifin disembahyangkan di Masjid Usamah Zaid sebelum dibawa ke tanah perkuburan Islam Batu Muda, Gombak.

- 2.22 petang: Pesawat yang membawa jenazah Ariza Ghazalee dan anaknya Muhammad Afif Tambi tiba di Pangkalan TUDM Kuching.

- 2.26 petang: Kenderaan yang membawa jenazah Mohd Ali Md Salim tiba di kediaman keluarganya di Kampung Jayor, Pagoh.

- 2.30 petang: Jenazah anak kapal MH17 Azrina Yakob tiba di Tanah Perkuburan Masjid Al-Hidayah, Assam Kumbang, Taiping.

- 2.40 petang : Jenazah Hamfazlin Sham Mohamed Arifin tiba di tanah perkuburan Batu Muda, Gombak.

- 2.40 petang: Jenazah pramugari MAS, Dora Shahila Kassim tiba di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara, KL.

- 3.00 petang: Jenazah ketua pramugari MAS, Mastura Mustafa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Paroi, Negeri Sembilan.

- 3.10 petang: Jenazah pembantu juruterbang pesawat MH17 Ahmad Hakimi Hanapi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Putrajaya.

- 3.10 petang: Jenazah Hamfazlin Sham Mohamed Arifin selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak, Taman Batu Muda, Gombak.

- 3.10 petang: Jenazah anak kapal pesawat MH17, Dora Shahila Kassim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara.

- 3.36 petang: Jenazah pramugari pesawat MH17 Azrina Yakob, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Amin, Assam Kumbang, Taiping.

- 3.30 petang: Jenazah penumpang pesawat MH17 Noor Rahimmah Mohd Nor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Masjid Lama, Tambun, Ipoh.

- 3.45 petang: Jenazah Hasni Hardi Parlan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Kampung Paya Luas Segamat.

- 4.10 petang: Jenazah Mohd Ali Md Salim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja, Pagoh.

- 5.00 petang: Jenazah Ariza Ghazalee dan anak lelakinya Muhammad Afif Tambi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Petrajaya.

- Jenazah pasangan suami isteri Paul Rajasingam/Sivagnanam dan Mabel Anthony Samy akan disimpan di Taman Peringatan Nirvana, Sungai Besi dan akan dibawa pulang ke kediaman di Bangsar keesokan harinya.

- Jenazah mendiang Chong Yee Pheng berada di kediaman keluarganya di Taman Pertama, Ipoh selama dua hari untuk upacara keagamaan sebelum disemadikan di Paradise Memorial Park, Jalan Chemor, Tanjung Rambutan pada 1 tengah hari, Ahad.

- Jenazah Ng Qing Zheng akan disimpan selama satu malam di Taman Peringatan Nirvana, Sg Besi sebelum dibawa ke kediamannya di Kota Kemuning keesokan harinya.

- Jenazah Foo Ming Lee akan melalui upacara keagamaan selama dua hari di Taman Peringatan Nirvana Sungai Besi manakala upacara pembakaran jenazah akan dilaksanakan pada Ahad di Taman Peringatan Nirvana, Shah Alam.

- Abu milik Lee Hui Pin akan disimpan selama dua hari di kediamannya yang terletak di Subang Jaya sebelum disemadikan di Nilai Memorial Park, Negeri Sembilan pada pagi Ahad.

- Abu mayat penumpang MH17, Elisabeth Ng Lyeti disimpan di Pusat Xiao En Bereavement di Cheras sehingga dua lagi mayat anggota keluarganya dibawa pulang ke tanah air.

* 23 Ogos (Hari ke-38) – Abu mayat penumpang Karamjit Singh Karnail Singh ditabur dalam laut Pelabuhan Klang.

* 24 Ogos (Hari ke-39) – 8.28 pagi: Pesawat MAS yang membawa pulang tiga lagi jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi MH17, tiba di Kompleks Bunga Raya
KLIA untuk istiadat penghormatan.

- Hanya dua jenazah mangsa terlibat dalam istiadat penghormatan.

- 8.37 pagi: Dua keranda yang membawa jenazah penyelia penerbangan kabin MAS MH17 Mohd Ghafar Abu Bakar, dan penumpang Ng Shi Ing dibawa keluar dari
pesawat.

- 8.41 pagi: Malaysia bertafakur selama seminit sebagai menghormati jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi MH17 yang tiba di KLIA.

- 9.41 pagi: Kendi berisi abu mayat mangsa MH17, Ng Shi Ing tiba di Xiao En Bereavement Care, Cheras.

- 9.50 pagi: Van jenazah yang membawa jenazah Allahyarham Mohd Ghafar Abu Bakar tiba di kediamannya di Taman Bukit Indah, Ampang.

- 9.55 pagi: Jenazah Mohd Ghafar Abu Bakar disolatkan di kediamannya pada 9.55 pagi sebelum dibawa ke Masjid Bukit Indah.

- 10.21 pagi: Jenazah penyelia penerbangan kabin MAS Mohd Ghafar Abu Bakar tiba di Masjid Bukit Indah, Ampang dan disolatkan lebih 1,000 jemaah.

- 11.00 pagi: Jenazah Mohd Ghafar Abu Bakar, tiba di Tanah Perkuburan Islam Mukim Ampang Satu, Taman Kosas, Ampang.

- 12.10 tengah hari: Jenazah penyelia penerbangan kabin MH17 Mohd Ghafar Abu Bakar selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Ampang Satu, Taman Kosas, Ampang, bacaan talkin oleh Imam satu Masjid Negeri Shah Alam, Mohd Hata Ahmad.

- Abu penumpang MH17, Ng Shi Ing disimpan di Pusat Xiao En Bereavement di Cheras sehingga jenazah anaknya, Benjamin Lee Jian Han yang berumur satu
tahun dibawa pulang ke tanah air.

- Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kerajaan sedang mengatur untuk membawa pulang kumpulan ketiga jenazah warga Malaysia mangsa MH17 pada 30 Ogos.

- Liow berkata satu lagi mangsa terbaharu MH17 warga Malaysia dikenal pasti dan menjadikan jumlah keseluruhan kepada 31.– BERNAMA
sumber:http://mynewshub.my
0 Komentar untuk "Urutan Masa Lengkap Tragedi MH17"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info