SIAPA sangka aktiviti yang dimulakan sebagai kempen untuk kesedaran berkenaan penyakitAmyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) kini telah menjadi viral di internet khususnya berkaitan Ice Bucket Challenge (Cabaran Baldi Ais).
Cabaran Baldi Ais ini dilakukan dengan menyiram kepala anda dengan sebaldi air berisi ais dan kemudiannya anda akan mencabar tiga nama rakan atau sesiapa sahaja untuk melakukan cabaran berkenaan.
Di Malaysia Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin telah pun menyahut cabaran berkenaan dan merekodkan video berkaitannya.
Khairy dicabar di laman sosial Facebook dan Twitter untuk melakukan Cabaran Baldi Ais itu dan beliau dengan beraninya menerima cabaran itu.
“Saya mengambil keputusan melakukannya kerana cabaran ini ada kenangannya kerana pemain bola sepak lagenda negara Allahyarham Mokhtar Dahari juga meninggal dunia akibat penyakit berkaitan saraf,” katanya dalam rakaman video sebelum melakukan Cabaran Baldi Ais itu.
“Cabaran selesai, dan saya akan mencabar dua orang lelaki rakan saya dalam kabinet, pertama Rahman Dahlan, anda yang seterusnya untuk cabaran ini dan Nazri Aziz serta seorang atlet Nicol David,” katanya.
Tujuan menyimbah air berisi ais ke atas tubuh seseorang kerana ia adalah kesan yang dirasai oleh pesakit ALS ini.
ALS adalah sejenis penyakit yang mengganggu urat saraf di dalam otak dan saraf tunjang. Gangguan sarag ini kemudiannya akan menjadikan pesakit itu lumpuh dan akhirnya boleh meninggal dunia.
sumber– Mynewshub.my
0 Komentar untuk "VIDEO : Cabaran Baldi Ais Antara KJ Dan Nazri Aziz"