Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

VIDEO: Iklan Merdeka Petronas 2014 Imbas Kenangan Lama


SABAN tahun, Petronas tidak pernah ketinggalan untuk menyiarkan iklan khas sempena sambutan kemerdekaan negara yang diraikan pada setiap 31 Ogos.

Kali ini, syarikat itu mengetengahkan iklan berdurasi 3:28 minit yang bertajuk ‘A Walk Through Time’.

Sejujurnya, penulis merasakan iklan ini jauh lebih unik dan menarik daripada iklan tahun lalu.

Ia berkisar mengenai perjalanan dua kanak-kanak lelaki yang merentasi tempoh 57 tahunnegara selepas mengecapi kemerdekaan.

Tidak dapat dinafikan iklan ini sememangnya membawa kita mengimbas suasana ketika kegemilangan filem P.Ramlee, kewujudan basmini dan juga kemenangan negara meraih Piala Thomas suatu ketika dahulu.

Secara mudahnya, iklan ini mengajak kita untuk mengimbau kembali pencapaian negara sehingga berada di tahap sekarang.

Diharapkan mesej yang disampaikan dapat memupuk rasa bangga dan semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia…
sumber:MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "VIDEO: Iklan Merdeka Petronas 2014 Imbas Kenangan Lama"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info