Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

VIDEO: Kereta ‘Blok’ Jalan Di Alamanda Dialih Guna Tangan


Spesis pemandu yang suka parkir kenderaan mereka sesuka hati hingga mengganggu laluan kenderaan lain bukan perkara baru.

Biasanya ‘ubat’ yang mereka dapat adalah dihon dengan kuat berkali-kali dan ada juga sesetengah mangsa perbuatan mereka menggunakan penyelesaian ganas termasuk merosakkan kenderaan terlibat.

Bagaimana pun bagi kes parkir sesuka hati di pusat beli belah Alamanda Putrajaya baru-baru ini, sekumpulan pengguna kenderaan mengambil inisiatif mengalihkan sebuah perodua kelisa menggunakan tangan selepas pemiliknya tidak dapat dikesan.

Kelisa tersebut dikatakan menghalang laluan kenderaan lain namun brek tangan tidak dilepaskan dan tiada sebarang nombor telefon ditinggal.
Sesungguhnya ini adalah tindakan terpuji berbanding bertindak merosak atau mencalarkan kereta tersebut.

Tapi harus diingat tindakan terpuji ini merujuk pada mereka yang mengalihkan kenderaan tersebut menggunakan kudrat sahaja dan bukan merujuk kepada pemandu kelisa tersebut yang sah-sah ‘sengal’ sebab parkir sesuka hati hingga menyusahkan orang lain.
sumber- MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "VIDEO: Kereta ‘Blok’ Jalan Di Alamanda Dialih Guna Tangan"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info