Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Wan Sharmila Nafi Bakal Nikah Dalam Masa Terdekat

Terkejut dengan laporan akhbar hujung minggu lalu, Wan Sharmila menafikan beliau bakal bernikah pada September ini dan mendakwa langsung tidak mengetahui mengenai perkara itu.

"Jujur saya terkejut kerana hanya tahu mengenai perkara ini apabila awak bertanya soalan itu kepada saya dan belum sempat membeli akhbar sebab sekarang ini saya berada di lokasi penggambaran.

"Apa-apa pun cerita itu tidak benar dan saya tidak merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat ini,".

Menerusi laporan akhbar mingguan pada Ahad, Wan Sharmila dikhabarkan sudah pun membuat persiapan majlis pernikahan dan perkahwinan dan bakal suami pelakon drama bersiri Tari Tirana itu juga dikatakan bukan orang seni sebaliknya bertugas sebagai juruterbang.

Dalam pada itu, ditanya adakah benar dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki berkenaan, Wan Sharmila mengambil sikap untuk tidak bercakap mengenai soal peribadi.

Kata Wan Sharmila, dia bimbang kenyataannya akan disalah ertikan oleh sesetengah pihak sehingga menyebabkan masalah lain timbul di kemudian hari.

"Maafkan saya kerana tidak boleh menjawab soalan itu kerana saya tidak mahu bercakap soal peribadi," katanya ringkas.

Wan Sharmila sebelum ini pernah berkahwin dengan Fazli Baharom pada 2007 sebelum bercerai dengan talak satu pada 23 Oktober 2009 di Mahakamah Rendah Syariah Johor Bahru.
sumber:kezoom
0 Komentar untuk "Wan Sharmila Nafi Bakal Nikah Dalam Masa Terdekat "

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info