Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Wanita Enggan Makan 14 Tahun Ditahan




New Delhi – Polis India semalam menahan semula seorang wanita yang mogok lapar sejak 14 tahun lalu kerana menentang pencabulan hak asasi, dua hari selepas dia dibebaskan atas arahan mahkamah.

Rakaman yang disiarkan televisyen menunjukkan polis mengheret Sharmila yang digelar Wanita Besi Manipur.

“Sekumpulan polis wanita tiba di kawasan tunjuk perasaan sementara dan menangkapnya.

“Mereka berkata, dia ditangkap kerana enggan makan yang menurut pihak berkuasa sama dengan cubaan membunuh diri,” kata aktivis tempatan Janaki Devi.

Polis berkata, dia akan dibawa ke hospitalpenjara di Imphal dan dipaksa makan dengan mengguna saluran getah menerusi hidung.

“Kami tidak boleh biarkan dia mati,” kata seorang pegawai kanan polis yang enggan dikenali.

Sharmila mula mogok lapar pada November 2000 selepas menyaksikan tentera membunuh 10 orang di perhentian basberhampiran kediamannya di Manipur. – AFP
sumber: http://mynewshub.my
0 Komentar untuk "Wanita Enggan Makan 14 Tahun Ditahan"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info