Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Wardina Saran Artis Tamat Kontrak Dengan Syarikat Bantu Israel


Rakyat Malaysia dilihat antara yang paling lantang menentang kekejaman rejim Zionis yang sehingga kini dilaporkan sudah membunuh 1400 penduduk Palestin sejak memulakan serangan pada pertengahan bulan Ramadan lalu.

Antara usaha yang ditunjukkan oleh rakyat kita ialah dengan memboikot produk keluaranIsrael serta syarikat yang membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada Israel.

Baru-baru ini, selebriti Wardina turut meluahkan pendapatnya sendiri berhubung isu semasa ini yang mana dia menyeru mana-mana artis menamatkan kontrak dengan syarikat yang membantu Israel dalam usaha mereka untuk menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada penduduk Palestin yang teraniaya di bumi sendiri.

Menulis di laman Facebook, Wardina berkata, “sebarkan perkara ini..panggilan buat semua artis Malaysia untuk menamatkan kontrak dnegan sebarang ‘jenama’ yang membantu Israel secara langsung atau tidak langsung membunuh saudara kita seperti binatang. Yes, even if they pay a lot..panggilan buat semua peminat memberi tekanan kepada artis kegemaran mereka memboikot menjadi duta produk yang bersangkutan dengan Israel. Panggilan untuk saya juga. We end this here. Bungkus balik your company and go back to where you belong, not here..Not in our name..not on our land.. we don’t need you..we don’t want you.. You need us. Cukuplah jadi bahan media, terpujuk dan tertipu dengan iklan mereka. I should know, we can do this Malaysia”.

Jadi, buat artis Malaysia yang menjadi duta produk kepada mana-mana syarikat yang menyumbang kepada Israel, beranikah anda menyahut cabaran seperti mana yang disarankan oleh Wardina?
sumber– MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Wardina Saran Artis Tamat Kontrak Dengan Syarikat Bantu Israel"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info