Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Amy (Grand) Mengaku Salah Larikan Wang Lan (Kristal)


Lan Kristal (kanan) menuntut agar Amy Grand memulangkan wangnya segera jika tidak mahu berdepan dengan tindakan undang-undang.

Bekas penyanyi kumpulan Grand iaitu Amy mengaku salah dan berjanji untuk menjelaskan segala hutang-hutangnya kepada individu terlibat secara berperingkat.

Amy atau nama sebenarnya Zuraimi Remeng yang popular pada awal tahun 2000 berkata, dia tidak berniat untuk menipu sesiapa dan memohon maaf terhadap kesilapannya itu.

“Dengan rendah diri saya ingin memohon ampun dan maaf kepada kawan-kawan saya di FB (Facebook), kenalan dan saudara-mara. Terutama sekali ahli keluarga saya, sekiranya tanpa sengaja saya telah mendatangkan kesan buruk terhadap kamu semua.

“Dengan nama Allah saya tidak menafikan bahawa saya ada membuat kesalahan tetapi tidak berniat menipu, kerana sebab musabab yang tidak dapat saya jelaskan,” katanya dalam posting Facebook miliknya yang dicatatkan kira-kira pukul 9.30 malam Rabu.

Status yang dimuat naik oleh Lan (Kristal) di akaun Instagram miliknya pada 31 Ogos lalu mengenai Amy Grand.

Terdahulu pada Isnin lalu mStar Online melaporkan luahan hati penyanyi Kristal iaitu Razlan yang kecewa apabila bekas vokalis kumpulan muzik yang juga pengurus acara telah melarikan wang persembahan pentasnya berjumlah ribuan ringgit.

Razlan atau lebih dikenali sebagai Lan turut memuat naik gambar penyanyi berkenaan di laman Instagram miliknya pada 31 Ogos lalu dengan memberi amaran untuk mengambil tindakan jika individu itu gagal mengembalikan wang berkenaan.

Lan dijemput menjayakan acara karaoke Merdeka Contest di Plaza Pelangi, Johor pada 24 Ogos lalu yang turut dikendalikan oleh bekas vokalis tersebut.

Dalam pada itu Amy turut berasa terhina dengan apa yang telah berlaku kerana pendedahan berkenaan mengaibkannya, menutup periuk nasi serta merosakkan hubungan kekeluargaan.

Menerusi status di FB milik Amy Grand pada Rabu malam, bekas penyanyi itu memohon maaf mengenai kesilapannya.
Malah katanya, ia juga memberi kesan kepada isteri dan anak-anaknya yang turut menerima tempias berkenaan.

"Saya harap kepada yang tidak berkenaan tu janganlah menambah minyak di dalam api, kerana ia belum berlaku pada diri kamu.

“Walau apa pun saya manusia biasa dan akan laksanakan tanggungjawab saya sebagai manusia untuk membayar semula hutang piutang itu selagi ada nafas ini tetapi berilah saya masa,” tulis Amy dalam FB miliknya.

Sementara itu Lan dalam satu mesej WhatsApp yang dikirimkan kepada mStar Onlinepada malam Rabu tidak lagi mempercayai kata-kata bekas anggota kumpulan Grand itu.

Ujar Lan, individu itu gemar menggunakan ayat-ayat manis untuk memperdayakan orang.

"Saya akan selesaikan perkara ini mengikut lunas undang-undang. Saya sudah menyampah dengan kata-katanya.

"Sebelum (saya) tau pasal dia kaki penipu, bolehlah terima kata-katanya tetapi bila dah kena (tipu), sorry la,” tegas Lan.
sumber: http://www.mstar.com.my/
0 Komentar untuk "Amy (Grand) Mengaku Salah Larikan Wang Lan (Kristal)"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info