Gaun Pengantin Angelina Jolie Dipenuhi ‘Contengan’ Anak
SEMEMANGNYA ramai yang menantikan berita perkahwinan pasangan pelakon popular Hollywood, Angelina Jolie dan Brad Pitt dan akhirnya pasangan itu telah menamatkan penantian peminat mereka dari seluruh dunia apabila disahkan sudah berkahwin pada hujung minggu lalu.
Apa yang menariknya, tidak ramai pihak media di sana dapat menghidu perkahwinan pasangan yang diberi gelaran Bradgelina ini kerana mereka hanya mengadakan majlis secara tertutup di Perancis yang hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja
Seperti yang kita tahu, Angelina memang dikenali kerana sikapnya yang agak pelik dan ianya diterjamahkan melalui gaun perkahwinan putihnya yang dilatari dengan lukisan tangan daripada anak-anaknya.
Memang unik dan berbeza sekali gaun kahwin Angelina jika hendak dibandingkan dengan pakaian perkahwinan mana-mana selebriti Hollywood sebelum ini.
Ada sentimental value gitu! - MYNEWSHUB.MY
sumber: http://mynewshub.cc/
0 Komentar untuk "Gaun Pengantin Angelina Jolie Dipenuhi ‘Contengan’ Anak"