Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Ibu Pembantu Juruterbang MH17 Reda Pemergian Anak


TELUK INTAN – “Makcik reda dengan pemergian Firdaus, sebagai ibu, makcik terima ketentuan Allah,” luah Fatimah Ibrahim, ibu pembantu juruterbang pesawat PenerbanganMalaysia (MAS) MH17, Muhammad Firdaus Abdul Rahim.

Fatimah, 64, pesara kerajaan berkata Firdaus, 27, adalah seorang anak yang baik dan pemergiannya amat dirasai seluruh keluarganya memandangkan beliau merupakan anak bongsu daripada lima beradik.

“Seminggu sebelum dia (Firdaus) ’fly’ (terbang) ke Amsterdam, dia ada jumpa makcik, tapi dia tidak menunjukkan apa-apa perubahan pun, semuanya macam biasa sahaja.

“Masa itu dia minta makcik masak daging dinding dan ayam masak merah yang merupakan makanan kegemaran arwah,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menceritakan kenangan manis bersama Allahyarham, Fatimah berkata Firdaus merupakan anak yang baik dan manja sejak dari kecil lagi. – BERNAMA
sumber: http://mynewshub.my
0 Komentar untuk "Ibu Pembantu Juruterbang MH17 Reda Pemergian Anak"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info