Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Kakitangan Pejabat Pos Bantu Warga Emas Berurusan Di Kereta



SEORANG kakitangan Pos Malaysia Berhad di cawangan Kenyalang Park, Sarawak mendapat pujian ramai kerana sanggup berurusan dengan seorang pelanggan kurang upaya di keretanya, baru-baru ini.

Pelanggan yang juga warga emas itu tidak mampu berjalan dan mempunyai masalah penglihatan telah datang ke pejabat tersebut bersama anaknya untuk urusan akaun Amanah Saham Bumiputra (ASB).

Apabila mengetahui keadaan pelanggan itu, kakitangan bernama Rajeshperi itu terus pergi ke kereta dengan membawa cop dan borang untuk urusan tersebut.

Secara tidak langsung, warga emas itu tidak perlu bersusah-payah untuk turun dari keretanya.

Mungkin ada yang menganggap ia bukanlah sesuatu yang perlu diperbesarkan, namun bagi warga emas ini, pastinya dia sangat menghargai usaha murni Rajeshperi dalam membantu memudahkannya.

Semoga perkongsian cerita ini dapat dijadikan teladan dan contoh oleh para pembaca diluar sana.
sumber: MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Kakitangan Pejabat Pos Bantu Warga Emas Berurusan Di Kereta"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info