Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Kecoh ‘Cahaya Misteri’ Muncul Di Langit Sabah!


Sudah adat sebarang perkara pelik yang boleh disaksikan ramai orang pasti menimbulkan kegemparan dan bermacam-macam sangkaan.

Begitulah berlaku apabila satu cahaya misteri muncul di langit Sabah hingga mengejutkan mereka yang terlihatnya.



Oleh sebab cahaya tersebut dapat dilihat sekitar 20 minit terdapat individu yang sempat mengambil gambar dan berkongsikannya di laman sosial dan aplikasi mesej WhatsApp hingga ia menjadi viral.



Muncul sekitar jam 10.30 malam, cahaya misteri tersebut dikatakan bergerak laju menuju Laut China Selatan sebelum lenyap dari pandangan.



Cahaya misteri itu juga dikatakan turut dilihat penduduk di Limbang, Sarawak.

Walaupun terdapat banyak andaian tentang fenomena ini, ada yang menganggap ia tidak pelik kerana sekadar biasan daripada terminal pelantar minyak apabila berlaku pembakaran gas.



Namun penjelasan ini tidak dapat dipastikan kesahihannya jadi jalan terbaik adalah menunggu komen daripada Jabatan Astronomi.
Apa pun, syukurlah setakat diketahui sekarang cahaya misteri ini tidak membawa sebarang impak mudarat kepada manusia sekitar. 
sumber-MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Kecoh ‘Cahaya Misteri’ Muncul Di Langit Sabah!"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info