Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Kisah Mayat Membaca Yasin

Ini merupakan satu kisah benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi bilamana satu mayat membaca surah Yasin. Peristiwa ini disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser penceramah bebas yang terkemuka di Malaysia.


Pada suatu hari di musim haji, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji.

Makam tersebut terletak di Ma'la tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah.

Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.

Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan baring seperti kebiasaannya.

Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas.

Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran dan Al Quran tersebut memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin.

Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan.

Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang lelaki negro yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam.

Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin.

Itulah kelebihanya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah... Inilah yang membuatkan aku semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah.

Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di pateri dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ.
sumber: kezoom
0 Komentar untuk "Kisah Mayat Membaca Yasin"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info