Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Kucing Terpaksa Bersenam Kerana Obes

 
Kucing Terpaksa Bersenam Kerana Obes - 

NASHVILLE : Seekor kucing yang mempunyai masalah obesiti terpaksa menjalani latihan senaman menggunakan mesin treadmill untuk membantunya mengurangkan berat badan, lapor New York Daily News kelmarin.

Kucing berusia 10 tahun itu yang dikenali sebagai King Leo memiliki berat badan mencecah 14 kilogram (kg) dan hampir sukar bergerak akibat kegemukan.

Haiwan berkenaan kini ditempatkan di sebuah pusat penjagaan haiwan di bandar ini selepas ia dibuang oleh tuannya.

Pusat jagaan tersebut juga terpaksa mencukur bulu kucing berkenaan bagi memudahkan ia berjalan di atas mesin treadmill.

“King Leo suka berjalan di atas treadmill dan kami tidak menghadapi masalah untuk membantunya bersenam,” kata seorang sukarelawan di pusat jagaan itu.

Selain jadual senaman yang ketat, diet pemakanan kucing itu juga dikawal untuk membantu ia mengurangkan berat badan. – Agensi
sumber:http://www.maklumat.my/
0 Komentar untuk "Kucing Terpaksa Bersenam Kerana Obes"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info