Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

MH17: Iqram Dinzly Minta Insiden Tumbuk Jurufoto Tidak Dipanjangkan



Pelakon Iqram Dinzly meminta agar insiden ahli keluarga mangsa MH17 menumbuk jurugambar New Straits Times Press (NST), Mohd Aizuddin Akmal Saad tidak dipanjangkan oleh mana-mana pihak.

Iqram, 33, yang juga merupakan cucu saudara kepada mangsa MH17 iaitu Kapten Wan Amran Wan Hussain berkata, tindakan tersebut mungkin tidak disengajakan apabila keluarga mangsa gagal mengawal emosi.

"Saya harap pihak media dan keluarga saling memaafi antara satu sama lain, mungkin ada perkara yang tidak sengaja berlaku dan menyentuh emosi atau privasi pihak keluarga mangsa.

"Bagi saya ada individu yang tidak mampu menahan emosi mereka. Jadi saya rasa perkara ini tidak perlu dipanjangkan dan lebih elok kita bermaafan agar tidak menjadi lebih keruh. Kita anggap sahaja ia sebagai kejadian yang tidak diduga," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Jumaat.

Iqram berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kejadian jurugambar New Straits Times (NST), Mohd Aizuddin Akmal Saad, 29, yang ditumbuk seorang lelaki ketika membuat liputan di Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi di Kuala Lumpur pada Selasa lalu.
sumber: http://www.mstar.com.my/
0 Komentar untuk "MH17: Iqram Dinzly Minta Insiden Tumbuk Jurufoto Tidak Dipanjangkan"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info