Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Pelancong Perancis Hilang Di Pulau Tioman




JIKA sebelum ini Pulau Tioman kecoh dengan kisah pembunuhan seorang gadis warga Perancis, hari ini dilaporkan lagi tentang kehilangan seorang lagi pelancong warganegara yang sama.

Mangsa, Jerome Philippe Laurent, 24, dipercayai hilang kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Kehilangan Jerome disedari rakannya apabila beliau tidak pulang ke chalet selepas keluar melakukan aktiviti air berhampiran Berjaya Resort Tioman.

Rakannya melaporkan kehilangan mangsa di Balai Polis Tioman untuk tindakan susulan.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata usaha mencari mangsa sedang giat dilaksanakan sejak dia dilaporkan hilang dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan orang kampung.
Semoga Jerome ditemui selamat secepat mungkin 
sumber:- MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Pelancong Perancis Hilang Di Pulau Tioman"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info